Bekas? Jangan panik sebab ada penjelasan disebalik perkataan itu. Umum tahu setiap tahun Fasha Sandha yang akan merangkul anugerah Ratu Kontroversi bukan?
Sebenarnya, gelaran Ratu Kontroversi ini telah dirampas sepenuhnya tanpa was-was oleh siapa lagi kalau bukan bekas finalis Dewi Remaja 2010, Neelofa. Ouch, kita berhenti disini dan kembali kepada Fasha Sandha semula.
Kali ini, Fasha Sandha yang baru sahaja selesai memegang watak “baik” dalam drama Cinta Elysa, telah mengaku akan bernikah bersama Rizal Ashram atau Jejai pada tahun ini. Menurut portal hiburan sensasi, Murai, temubual yang diadakan secara eksklusif bersama Fasha Sandha telah mendedahkan beberapa perkara dan sebab kenapa Fasha masih merahsiakan tarikh pernikahannya.
Bukan sengaja mahu merahsiakan tarikh penuh keramat ini, Fasha juga tidak berniat untuk membuat kejutan atau apa-apa kontroversi kerana baginya, lebih baik dia tidak menghebohkan tarikh sebenar kerana jika tidak menjadi, dia sendiri akan menanggung malu. Fasha juga memberitahu wartawan Murai bahawa dia tidak akan mengadakan sidang akhbar pengumuman majlis perkahwinannya.
Apa pun, OHBULAN! mengucapkan jutaan tahniah kepada Fasha Sandha dan Jejai yang akan mengakhiri zaman kontroversi percintaan mereka berdua tidak lama lagi.
- (Gossip) Fasha Sandha Cium Tangan Bakal Suami, Atau Suami?M / Jul 15, 2009 / 184 respon
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét