Acapkali memegang watak komedi, pelakon dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira atau Shira menyatakan dirinya ingin kembali berlakon watak serius dan tidak hanya tertumpu kepada lakonan berunsur komedi semata.
Menurut Shira, dia sudah lama memegang hasrat untuk kembali melakonkan variasi watak dalam lakonannya namun kecewa ia jarang ditawarkan oleh pihak penerbit.
Jelasnya lagi, pada masa kini, audiens melihatnya sebagai seorang pelakon komedi wanita walhal sebelum asalnya dia terjun ke dalam dunia lakonan menerusi watak-watak serius dan itu merupakan salah satu faktor yang membuatkan segelintir penerbit drama mahupun filem tidak lagi mahu menawarkan watak yang lebih serius kepadanya.
“Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur dengan segala tawaran yang diberikan kerana itu adalah sumber reeki saya dan saya tidak boleh terlalu memilih,” tutur pelakon berusia 37 tahun ini lagi.
Ditanya mengenai perkembangan terkini dirinya, Shira memaklumkan bahawa dia akan terlibat dengan beberapa penggambaran drama dan telefilem selain akan menjalani latihanuntuk pementasan teaterikal ‘Bila Hari Digeletek’ di Istana Budaya September depan.
“Saya teruja untuk menjayakan teater ini sebab ia akan menggandingkan ramai nama besar dalam industri komedi negara di atas satu pentas.
“Untuk pertama kali, ramai pelawak terkenal tanah air akan bergabung dan berpadu tenaga di Panggung Sari Istana Budaya dan saya cukup teruja dengan persembahan itu nanti,” ujar Shira lagi yang bakal meninggalkan Suria FM berikutan kontraknya bersama stesen radio tersebut akan tamat pada 24 Januari ini.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét