Thứ Hai, 26 tháng 12, 2011

Muzik Video “Ketentuan Masa” Oleh Fina & Azri (OST Hatiku Di Kinabalu)

OHBULAN! pasti ramai yang sudah menonton telemovie berjudul “Hatiku Di Kinabalu” yang ditayangkan di saluran Astro Citra pada 25 Disember lepas.

Telemovie yang dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Yana Shamsuddin dan Irma Hasmie ini mengisahkan tentang Anuar dan Qistina yang jatuh cinta semasa bergelar mahasiswa dan seterusnya berkahwin dan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Malangnya, Qistina jatuh koma akibat kecederaan serius ketika diragut. Anuar setia menjaga Qistina yang terlantar di hospital dengan sepenuh hatinya. Pada masa yang sama, dia juga menjaga anak perempuannya, Maya.

Keadaan menjadi bertambah rumit kerana Maya semakin membesar. Pada masa itulah Anuar menemui Lara, jatuh cinta dan akhirnya Anuar mengahwini Lara selepas dipujuk oleh ibu bapa Qistina. Kehidupan mereka diteruskan seperti biasa dan mereka terus menjaga Qistina yang masih terlantar di hospital.

Konflik sampai ke kemuncaknya apabila Qistina yang terlantar koma selama 10 tahun akhirnya tersedar. Keadaan ini semestinya merumitkan keadaan Anuar menguruskan keluarga, Lara menjaga hati madunya dan Maya untuk menerima ibu kandung yang selama ini hanya dilihat hanya kaku di atas katil hospital.

Apa-apa pun, telemovie ini benar-benar memberi kesan yang mendalam ditambah lagi dengan soundtrack nyanyian Fina & Azri berjudul “Ketentuan Masa”. Mari kita saksikan muzik video yang baru dilancarkan 4 hari yang lepas ini sekarang!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến