Thứ Ba, 27 tháng 12, 2011

Pramugara Jadi Pilihan, Azza Elite Nikah Tahun Depan!

Benarlah kata pepatah, ‘patah tumbuh hulang berganti’, setelah sekian lama hidup bersendirian tanpa kehadiran seorang lelaki bergelar suami, bekas penyanyi kumpulan wanita, Elite, Azza atau nama sebenarnya Azzarima Zawari akhirnya bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang pramugara awal tahun depan.

Azza yang ditemui ketika majlis pelancaran laman sosial pertama Malaysia, MFace baru-baru ini menyatakan keputusan mendirikan rumah tangga diambil setelah status janda dan kehadiran anak perempuannya, Marissa Janna, 6, diterima baik oleh teman barunya itu.

“Selain raut wajahnya yang menarik dan agak comel, hati saya tertarik melihat sikap keterbukaannya untuk menerima saya dan anak.

“Dia juga seorang lelaki yan sangat baik terhadap saya dan tidak pernah mengguriskan hati saya. Jadi apa salahnya saya menerimanya kerana saya pun sudah lama menjada,” ujar Azza.

Tambahnya lagi, atas keserasian dan persefahaman yang baik dengan jejaka tersebut itulah yang mendorongnya untuk menyegerakan perkahwinan mereka.

“Sepanjang bersama, kami masing-masing mudah untuk menyesuaikan diri dan keadaan. malah kami selalu mencapai kpersefahaman dalam perbincangan bersama, jadi InsyaAllah, kami akan bernikah pada awal tahun 2012. Walaubagaimanapun saya tidak dapat memberikan tarikh yang tepat kerana masih terlalu awal untuk mengumumkannya. Tunggu masa yang sesuai nanti, saya akan beritahu,” ujarnya penuh ceria.

Azza sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas suami penyanyi Camelia, mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada Februari 2001 sebelum bercerai pada November 2004. Terbaru, penyanyi yang masih ligat menyanyi di majlis-majlis korporat ini bakal keluar dengan single terbaru ciptaan Eddy Abd Halim bertajuk, ‘Kau Boleh Jalan’.

  • No related posts.

  • Link to full article

    Không có nhận xét nào:

    Đăng nhận xét

    Bài đăng phổ biến