Thứ Tư, 21 tháng 12, 2011

“Di Hati Saya Masih Ada Zul” – Abby Abadi

Tiga tahun menyemai ikatan kasih, pastinya amat sukar melupakan insan yang pernah singgah dan berada dalam hati kita untuk satu tempoh yang agak lama. Bagaimana harus melupakannya? Tiga tahun bukan tiga hari. Tidak semudah makan kacang cap tangan. Hati berkata ‘mahu’ tapi dalam masa yang sama juga berkata ‘tak mahu lagi’, namun jauh di sudut hati, ruang kosong itu sebenarnya hanya untuk dia, dan berharap dia datang semula. Tapi seakan ada sesuatu yang menghalangnya, apa dia?  OHBULAN! menebak, barangkali inilah dilema yang dilalui dan dirasai oleh pasangan dua sejoli, aktres dan penyanyi Abby Abadi dan aktor, Zul Ariffin.

Minggu lepas kita telah menebual aktor Zul Ariffin bertanya mengenai status hubungan, perasaannya terhadap aktres Abby Abadi menerusi artikel ‘Zul Ariffin kembali Solo namun Masih Patah Hati’. Betapa hati lelakinya itu tanpa berselindung menyesali apa yang berlaku di antaranya dengan Abby dan betapa dia kini sedang patah hati selain sering jadi ‘stalker’ semata-mata mengikuti perkembangan dan khabar sang kekasih, semalam OHBULAN! berkesempatan pula menemui Abby Abadi pada pelancaran laman sosial Malaysia pertama, MFace di Hotel Double Tree malam semalam dan mendapatkan pula maklum balas dari pihaknya pula.

“Sejujurnya, di pihak saya rasa terharu sangat, sedih dan dalam pada masa yang sama gembira apabila mengetahui orang di pihak sana  (Zul) masih menyanyangi dan mengikuti perkembangan saya. Kalau ikutkan sebenarnya dia lagi tahu yang saya lagi sayang pada dia,

“Kalau ikutkan saya tidak tahu perkembangan dia sekarang, sebab dah lama tak berjumpa dengannya. Selepas pada saya buat menulis meluag sela perasaan saya pada blog itu, kami berbaik semula namun selepas itu benda yang sama terjadi balik, lepas itu kami tidak berjumpa sampailah sekarang,” ujar Abby meluahkan isi hatinya, meski mengukir senyuman namun riak wajahnya jelas tersimpul kesedihan.

“Saya sebenarnya sedih dengan apa yang berlaku, Kalau diikutkan sata tak mahu jadi benda macam ini. Apa yang saya boleh katakan, masing-masing ada ego. Tapi sebagai seorang perempuan, saya seboleh-bolehnya mengharapkan dia datang kepada saya,

“Saya lebih berterus terang sebelum ini, dia tahu saya sayangkan dia. Saya tak mahu bercakap langsung apa punca yang menyebabkan kami berpisah, sebab ianya terlalu peribadi untuk diperkatakan. Dia lebih tahu apa yang menyebabkan kami berpisah dan dia tahu mengapa saya begini,” jelas Abby lagi yang mengakui, setiap kali timbul pergaduhan dirinya sering mengalah untuk berbaik semula, cuma kali ini, rajuk hati wanita berusia 34 tahun ini tidak dapat dibendung lagi.

Tambah Abby, meski di hatinya punya bekas kecewa rentetan apa yang berlaku sebelum ini, namun jauh di sudut hatinya, dia berharap andai keadaan dapat dipulihkan balik, hatinya masih sudi dan terbuka untuk menerima Zul semula dan tidak pedulikan apa yang telah berlaku sebelum ini. Kerana di hatinya, masih ada pada Zul.

“Saya tidak tahu apa keadaan, dan status kami sebenarnya. Dia kata dia dah single sekarang ini, kami renggang dan kemudian dia kata dia dah solo, jadi saya nak mengharapkan macam mana lagi? Dia sayang pada saya, tapi saya tak faham ‘single’ yang dimaksudkan macam mana? Bila dia dah cakap macam tu, saya ni letak kat mana? Saya ni siapa pada dia?,” luah Abby.

Abby turut memberitahu bahawa Zul tidak menelefon mahupun menghantar sebarang SMS kepadanya selepas apa yang berlaku di antara mereka. Rentetan itu, hubungan mereka semakin renggang dan seterusnya membawa kepada status perhubungan yang masih ‘samar’ di mata Abby.

“Saya masih sayang pada dia, di hati saya hanya ada Zul. Tapi kalau peluang untuk berbaik semula tidak berpihak pada kami, saya menganggap tiada jodoh di antara kami. Saya pernah rasa hilang arah, puas nangis, tapi kalau ini yang sudah tertulis, saya harus menerimanya suka ataupun tidak, saya harus move on,” tambah Abby lagi.

Jika Zul sebelum ini berani mengenepikan egonya dengan mengakui Abby wanita terbaik yang pernah ada dalam hidupnya, Abby pula seakan sukar untuk menterjemahkan segala rasa kasih sayangnya terhadap Zul dalam kata-kata, cukup baginya mengatakan hubungan bersama Zul sangat meninggalkan kesan dalam pada dirinya meskipun sebelum ini dia pernah mendirikan rumah tangga.

Ketika ditanya sama ada dirinya juga jadi ‘stalker’ di laman sosial semata-mata mengetahui perkembangan Zul, tidak semena-mena terukir senyuman lebar di wajahnya, atau boleh kami katakan, hatinya seakan berbunga seketika.

“Haruslah! Saya pun buat benda yang sama. Kami ni dekat saja sebenarnya, masih dalam KL, hati saja yang jauh. Kasihan kan kami ni kelakar pun ada juga, ” ujar Abby berseloroh diikuti gelak tawa nakalnya.

Bercerita mengenai perkembangan seninya pula,  Abby kini sibuk menjalani penggambaran drama ‘Pelangi Kasih’ untuk slot Samarinda di TV3 selain sebuah lagi drama bertajuk, ‘Mulanya Di Sini’ yang akan ditayangkan di saluran RTM.

Mengisi jurnal seninya untuk tahun 2012, Abby bakal release sebuah single baru bertajuk ‘Aku Tak Mahu’ ciptaan Edry Abdul Halim selain berkemungkinan menjadi duta kepada sebuah produk kecantikan badan. Menariknya lagi, Abby juga bakal menggalas tugas sebagai pengacara untuk sebuah program TV online iaitu MOB TV menerusi program ‘Women Power’.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến