Suatu ketika dulu, remaja yang mula menempa nama menerusi filem ‘Tentang Bulan’ ini tanpa segan dan silu membuat pendedahan eksklusif lewat sebuah program hiburan dengan menunjukkan lidahnya yang bertindik malah mengakui dirinya seorang yang kuat bersosial.
Pengakuan berani matinya Erin Malek, 17 itu sekaligus menjadi bualan ramai tidak kurang juga kecaman pedas yang melabelkan tingkah laku remaja bermasalah ini keterlaluan sekaligus mencemarkan imejnya sebagai seorang muslim.
“Tindakan saya itu disebakan terikut-ikut dengan perbuatan kawan-kawan yang gemar meniru-niru budaya artis luar selain didorong rasa ingin tahu,”
“Saya sedar semua itu satu kesilapan. Selepas kejadian itu saya berasa tidak senang hati dan sukar untuk berdepan dengan situasi. Saya jadi seorang yang suka bersendirian dan tidak pulang ke rumah,” ujarnya dipetik dari laman mStar.
Nekad meninggalkan segala episod ‘gelap’ yang sentiasa membayanginya , Erin kini nekad ingin membuka lembaran baru dalam hidupnya. Dia berazam untuk menjaga tingkah laku dan tidak mahu lagi melakukan sebarang perbuatan yang mencetuskan kontroversi pada dirinya.
Bakal membintangi drama ‘Aishiteru’ yang akan ditayangkan di TV9, Erin ingin fokus pada kerjaya lakonannya selesai saja kertas terakhir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu depan. Disamping itu, dia juga merancang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang pengarahan filem.
“Itu sebahagian daripada impian saya, tapi kalau boleh saya ingin belajar menggunakn duit hasil titik peluh saya sendiri,” ujar Erin lagi.
Foto: Kredit Life Photo Production
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét