Thứ Tư, 21 tháng 12, 2011

Gossip: Sepupu Diva No. 1 Malaysia Keliru Dengan Diri Sendiri, VIP Tangkap Cintan?

Bila hati sedang kecewa, datang seekor kumbang, singgah menghiasi sekuntum bunga.

Itulah yang berlaku pada seorang artis wanita yang sebelum ini heboh dengan gosip perpisahan hangat bersama peserta sebuah rancangan realiti. Dikhabarkan dari mulut empunya badan, artis wanita ini kini sendiri keliru dengan situasi yang menimpa dirinya.

Selepas perpisahan bersama bekas kekasih sebelum ini, hatinya yang sedang remuk tiba-tiba didatangi oleh seorang ahli perniagaan, Datuk S. Biasalah, kalau wanita sudah patah hati, baru putus cinta pula tu, memang senanglah jatuh cinta ketika sedang sunyi.

Berasal dari utara, lelaki bergelar Datuk S ini sudah mempunyai anak dan isteri. Disebabkan itulah artis wanita ini keliru dan dia tidak mahu digelar perosak rumah tangga orang lain. Dikhabarkan juga, artis wanita ini sudah mengenali Datuk S ini lebih satu tahun dan lelaki ini sudah bertemu dengan keluarga artis wanita ini.

Masih tidak dapat dipastikan apa status mereka berdua, kita nantikan tidak lama lagi ya. Mungkin kita bakal melihat seorang lagi artis wanita bergelar datin selepas Zizie Ezette, siapa tahu?


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến