Setelah mengorak langkah dengan mewarnai pentas Istana Budaya dengan ‘Cuci The musical’ (musim 1 dan 2) serta ‘Lat Kampung Boy Sebuah Musical’, Tall Order Productions (TOP), milik pengarah dan pelakon terkenal, Hans Isaac sekali lagi menghangatkan pentas berprestij negara dengan sebuah konsert yang disifat ‘pemanas’ panggung Istana Budaya menerusi Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Rock.
Menggabungkan dua figura berprolifik besar dalam persada hiburan tanah air, Awie dan Ella, konsert yang menggabungan Awie dan Ella adalah bersandarkan impian Hans sendiri yang sudah lama menyimpan impian untuk mengadakan sebuah konsert mega menggambungkan dua artis pujaannya ini.
“Sejujurnya, saya memang sudah lama memasang impian untuk mengadakan konsert seperti ini beberapa tahun yang lalu, Namun hajat saya terhalang memandangkan jadual ketat Tall order pada masa itu yang lebih menumpukan penghasilan teater dan muzikal,”
“Konsert ini sebenarnya adalah untuk puaskan hati saya sendiri kerana saya adalah peminat setia mereka (Awie dan Ella). Saya layan lagu mereka sejak zaman sekolah lagi. Saya masih ingat semasa saya dan kawan-kawan motor kapcai dulu duduk lepak di Ampang Jaya, pantang jumpa radio mesti dengar lagu mereka. Itu belum masuk lagi bab karaoke, tak sah karaoke kalau tak menyanyi baik lagu Awie atau Ella,” jelas Hans ketika ditemui pada pelancaran Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Rock petang semalam.
Konsert yang berlangsung selama enam hari bermula pada 12 hingga 15 Januari 2012, bakal menghimpunkan dendangan lagu-lagu hits Awie yang dipetik dari kelima-lima album solonya manakala Ella, yang mempunyai lebih dari 20 album solo akan mempersembahkan lagu-lagu pilihannya sendiri khusus buat peminat tersayang.
Dari kiri: Pengarah Urusan TOP, Hans Isaac, Timbalan Ketua Pengarah Istana Budaya, Nik Kamarulzaman Husin, Awie, Ella dan Edrie Hashim bersama replika pentas Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu rock yang bertemakan ‘Metal Forest Evergreen’ rekaan Raja Malek dan Jia-Wei Loo.
Edrie Hashim yang sebelum ini pernah menjadi penerbit album untuk Awie dan Ella menggalas tugas sebagai pengarah muzik untuk konsert ini manakala rekaan pentas pula dipertanggungjawabkan kepada Raja Malek yang sebelum ini pernah menghasilkan rekaan pentas untuk ‘Muzikal Puteri Gunung Ledang’ dan ‘P.Ramlee the Musical’ bergandingan dengan pendatang baru dalam industri rekaan dan pembinaan set, Jia -Wei loo.
Awie ketika ditemui pada majlis yang sama pula mengakui, gelaran ‘Raja Rock’ yang diberikan terhadapnya seakan satu beban dan tanggung jawab berat harus digalasnya.
“Say tak berapa senang dengan gelaran tersebut, namun saya mengan
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét