Thứ Năm, 1 tháng 12, 2011

Katy Perry Nafi Khabar Angin Bercerai & Hamil!

Sejak akhir-akhir ini khabar angin yang mengatakan keretakan rumah tangga membabitkan pelantun lagu ‘Firework’, Katy Perry  dengan aktor dan pelawak kelahiran Britain, Russell Brand semakin hangat diperkatakan. Dan baik Katy mahupun Russell seakan mengambil masa yang lama untuk menafikan gosip yang mengatakan Katy sekarang ini sedang dalam proses penceraian dengan suaminya.

Bagaimanapun kenyataan Katy yang dibuat menerusi lama Twitter miliknya barangkali cukup mendiamkan mulut-mulut Joyah di luar sana. Barangkali untuk seketika.

“First I’m pregnant & then I’m divorced. What am I All My Children?!” ujar Katy di laman Twitternya sambil merujuk kepada tajuk siri soap opera tayangan ABC yang baru saja dibatalkan selepas 41 tahun disiarkan).

Gosip perpisahan mereka mulai menjadi perbualan selepas pasangan ini dilihat jarang bersama sejak perkahwinan mereka Oktober tahun lalu. Katy sering memberi kenyataan bahawa kepadatan jadual siri konsert jelajah dan kesibukan Russell di lokasi filem menghalang mereka meluangkan masa bersama. Katy turut menafikan khabar angin yang mengatakan dia hamil dengan memberitahu bahawa dia hanya suka makan makanan segera dan mungkin sebab itu badannya kelihatan sedikit berisi.

Seakan menutup mulut orang ramai, minggu lalu,  Katy dan Russell bersama-sama mengunjungi sebuah kedai membuat tatu di Los Angeles (LA) selepas konsertnya di LA tamat. Katy dilihat membuat tatu gula-gula pudina kegemarannya pada bahagian buku lali manakala Russell pula memahatkan lencana team bola sepak kegemarannya, West Ham United pada bahagian lengannya.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến