Thứ Năm, 1 tháng 12, 2011

OHBULAN! Web Ke-20 Popular Di Malaysia [Laporan Malaysian Digital Association]

Berdasarkan statistik yang berakhir pada Oktober 2011, Effective Measure & Malaysian Digital Association melaporkan kedudukan terkini web yang paling popular dilawati lebih 27 juta pengguna internet di Malaysia.

Bagi kategori web tempatan, OHBULAN! menduduki tangga ke-20 dengan jumlah pelawat unik mencecah 586296 sepanjang bulan Oktober. Ini sekaligus meletakkan OHBULAN! sebagai portal hiburan & fesyen yang menjadi pilihan pertama pembaca tempatan berbanding dengan portal atau blog yang seangkatan dengannya.

Rakan strategik PAULTAN.org yang menfokuskan berita berkenaan automatif menduduki tangga ke-26, juga menjadi pilihan utama peminat automatif di Malaysia.

Laporan Effective Measure turut menyatakan web bertemakan portal merupakan kategori yang paling popular dilawati oleh pelayar Malaysia. Selain itu, kategori web popular yang lain ialah bertemakan laman sosial, membeli-belah, enjin carian & berita.

Rujuk slide di bawah untuk keterangan lanjut.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến