Thứ Năm, 1 tháng 12, 2011

Pertembungan Senior Vs Junior Dalam KLIK Musim Ke-2!

Kalau pada musim lalu, drama komedi bersiri KLIK telah berjaya meraih rating penonton yang memberangsangkan di antara drama-drama yang ditayangkan di Astro Ceria, istimewa bulan Disember ini, Astro Ceria membawakan kepada anda siri KLIK musim kedua yang bakal menceriakan kaca TV anda pada setiap hari Ahad, 10.30 pagi bermula 4 Disember 2011 meneruusi saluran 611.

Drama komedi bersiri sebanyak 13 episod arahan Hashim Rejab ini masih mengekalkan barisan pelakon dari musim pertama seperti Ariel Zafril, Erin Malek, Aren Yunus, Sashwin Raj,Fiffy Natasha, Wawa Zainal dan Chee Ka-Yee.

KLIK turut menampilkan watak-watak baru yang dilakonkan oleh Fatin Nur Afeefah, Zalif Sidek dan Man Rahman.

Menceritakan sekumpulan remaja yang mempunyai karekter dan fiil berbeza dalam hampir segenap perkara, KLIK musim kedua menaratifkan pertembungan generasi KLIK lama dan baru yang mana pertemuan mereka membawa kepada keletah lucu dan mencuit hati.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama bersiri komedi yang pasti menghiburkan KLIK musim kedua, pada setiap Ahad, 10.30 pagi bermula 4 Disember 2011, tentunya di saluran Astro Ceria (611).


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến